Sofia Rini ‘ejen’ ditanam parti lawan untuk burukkan kerajaan?
KUALA LUMPUR – Tuduhan yang dilempar terhadap Kerajaan MADANI dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong disifatkan dakwaan tidak berasas serta bermotifkan kepentingan tertentu.
Penulis politik, Jebat Durhaka mendakwa, tindakan wanita berkenaan yang membuat pelbagai tuduhan tanpa bukti jelas menunjukkan satu modus operandi yang mahu mencetuskan persepsi negatif terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih mencetuskan kesangsian dakwanya, Sofia Rini mempunyai kaitan dengan parti pembangkang dan bukan sekadar individu biasa.
“Dakwaan yang dibuat bersifat hearsay dan tidak disokong bukti kukuh, malah dilihat mempunyai unsur niat jahat bagi merosakkan reputasi pemimpin kerajaan,” katanya dalam satu tulisan disiarkan portal MalaysiaHot.
Jebat turut mendedahkan identiti Sofia Rini sebagai salah seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan nombor keahlian (0000651, Bahagian Titiwangsa, Cawangan Datuk Keramat Selatan).
“Keterlibatannya dalam isu ini bukanlah kebetulan, sebaliknya mencurigakan seperti seorang ejen yang ditanam (planted agent) dengan misi khusus untuk memporak-perandakan kestabilan politik PKR dan Kerajaan MADANI. Nombor keahlian di bawah tiga angka ini bukan watak biasa-biasa,” katanya.
Jebat juga menyifatkan tuduhan individu berkenaan bersifat mala fide dan bermotifkan niat jahat terancang untuk merosakkan reputasi pemimpin kerajaan sedangkan dakwaan itu dibuat bersifat hearsay, tanpa asas undang-undang atau bukti kukuh.
Beliau turut mempersoalkan dakwaan Sofia terhadap bekas pembantu Perdana Menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal yang telah menjadi warganegara Turkiye pada masa sama masih memegang status warganegara Malaysia.
Katanya bagaimana seorang warganegara pada masa sama boleh memiliki kewarganegaraan asing, dengan menegaskan perkara itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan dwikewarganegaraan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan serta lebih berhati-hati terhadap penyebaran dakwaan yang boleh menggugat kestabilan politik negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








