BERITA SEMASA

Kapal Malaysia pertama tinggalkan Selat Hormuz, dijamin laluan selamat – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan sebuah daripada tujuh buah kapal komersial milik Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz telah diberikan laluan selamat dan kini sedang menuju ke destinasi ditetapkan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar atau dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan perkembangan positif itu adalah hasil usaha diplomatik berterusan kerajaan Malaysia di peringkat tertinggi.

“Antara langkah penting termasuk perbualan telefon yang konstruktif pada 26 Mac 2026 antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra menambah, komunikasi dua hala turut diperkukuh melalui perbincangan antara Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari Iran, Abbas Araghchi bulan lalu.

“Malaysia kekal komited terhadap prinsip kebebasan navigasi dan keselamatan dalam laluan maritim selaras undang-undang antarabangsa,” kata kementerian itu.

Dalam masa sama, kerajaan menegaskan kepentingan dialog berterusan dan penglibatan diplomatik sebagai asas menangani cabaran serantau.

Baca juga : Kedutaan Iran sahkan kapal Malaysia pertama lepasi Selat Hormuz

Semalam, Kedutaan Iran di Malaysia mengesahkan kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz.

Kedutaan Iran menegaskan pihaknya tidak akan melupakan rakan-rakannya, sambil menyatakan kapal pertama Malaysia telah melalui laluan strategik itu.

“Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya. Kapal Malaysia pertama yang telah melalui Selat Hormuz,” katanya dalam kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button