Kedutaan Iran sahkan kapal Malaysia pertama lepasi Selat Hormuz
KUALA LUMPUR – Kedutaan Iran di Malaysia mengesahkan kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz.
Menerusi hantaran di platform X hari ini, pihak kedutaan menegaskan Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya, sambil menyatakan kapal pertama Malaysia telah melalui laluan strategik itu.
“Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya. Kapal Malaysia pertama yang telah melalui Selat Hormuz,” menurut kenyataan tersebut.
“Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya. Kapal Malaysia pertama yang telah melalui Selat Hormuz,” menurut hantaran itu.
Hantaran tersebut turut memaparkan gambar sebuah kapal yang tidak disertakan butiran lanjut.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian telah membolehkan Malaysia mendapatkan pelepasan bagi tujuh kapal Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz untuk meneruskan perjalanan mereka.
“Saya maklumkan kepada Presiden Iran bahawa kapal kami masih terkandas di Selat Hormuz dan ini penting untuk keperluan rakyat dan bekalan minyak negara.
“Sejurus selepas panggilan itu, beliau mengarahkan kapal Malaysia diberi laluan,” katanya pada majlis pelancaran Kolej Vokasional Pengerang di SMK Tanjung Pengelih di Pengerang, Johor.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


