BERITA SEMASAPMX

PM umum harga Tiket F1 MADANI serendah RM200

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menawarkan Tiket MADANI bagi menyaksikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 pada harga serendah RM200 khusus untuk pemegang MyKad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiket berkenaan membolehkan rakyat Malaysia menikmati akses sepanjang tiga hari acara yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan serta persetujuan bersama pihak Bahrain susulan cadangan kerajaan untuk mempertimbangkan penjualan tiket khas berkenaan yang dimaklumkan beberapa minggu lalu.

“Alhamdulillah, hasil perbincangan dan persetujuan bersama Bahrain, Kerajaan sukacita mengumumkan Tiket MADANI khusus untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses sepanjang tiga hari acara.

“Moga inisiatif ini membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman Formula 1 secara langsung di Sepang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, butiran lanjut mengenai penjualan tiket berkenaan akan diumumkan oleh pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam masa terdekat.

Formula 1 dijangka kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang menerusi penganjuran Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 pada Oktober ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button