Kerajaan akan perjelas kadar SST sebelum tarikh pelaksanaan – PM Anwar
ISKANDAR PUTERI – Kerajaan akan menjelaskan dengan lebih terperinci kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas beberapa barangan import terpilih yang akan dilaksanakan mulai 1 Julai nanti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjelasan itu perlu dilakukan kerana kekeliruan yang timbul, sebagai contoh berkenaan buah-buahan import.
“Kita bagi penjelasan, mungkin kadang-kadang kenyataan umum macam kata lah, pisang dikenakan SST. Jadi keliru sebenarnya pisang import.
“Tapi saya setuju kita akan perjelaskan kerana yang penting kita tak mahu yang membebankan golongan bawahan ataupun M40.
“Jadi, sebab itu kita cadangkan macam buah-buahan import. Tapi ada yang mengatakan buah import, ada buah-buahan import yang dimakan oleh orang-orang miskin,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Keadilan di Medini, di sini hari ini.
Kerajaan pada 9 Jun lalu mengumumkan semakan bersasar kadar SST yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2025, dengan kadar cukai jualan kekal bagi barangan keperluan, manakala kadar lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan tidak penting atau mengikut budi bicara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








