Johor catat kawasan tertinggi IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR – Johor merekodkan empat kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 7 pagi ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan berkenaan ialah Pasir Gudang dengan bacaan 153, diikuti Batu Pahat dan Larkin masing-masing 152, manakala Segamat merekodkan 108.
Selain Johor, Johan Setia di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 154, diikuti Cheras, Kuala Lumpur (152), Putrajaya (147) dan Nilai, Negeri Sembilan (126).
Kesemua lapan kawasan terbabit merekodkan bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang dikategorikan sebagai tidak sihat.
Sementara itu, sebanyak 59 kawasan lain mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, antaranya Batu Muda dengan 99, Bukit Rambai (97), Shah Alam (95), Seremban (93) dan Kluang (93).
Di Sarawak, Serian merekodkan bacaan 98, Samarahan (95) dan Kuching (92), manakala Miri, Sarikei serta Sri Aman masing-masing mencatatkan 83.
Sibu pula merekodkan bacaan 80, manakala ILP Miri dan Samalaju masing-masing mencatatkan 79.
Tiada kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik setakat pukul 7 pagi ini.
Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








