Anwar berseloroh tentang kekalahan MU, ucap tahniah kepada ASEAN All Stars
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuit hati warga maya apabila berseloroh mengenai kekalahan pasukan bola sepak terkenal England, Manchester United yang sekali lagi gagal meraih kejuaraan musim ini.
Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, Anwar secara bersahaja mengulas nasib malang pasukan itu sambil berharap ia tidak jatuh ke liga bawahan.
“Aduh! Gagal lagi Man United menang piala. Pening kepala juga hangpa musim depan. Harap tak turun Championship,” tulis beliau dengan nada jenaka
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pasukan ASEAN All Stars atas persembahan cemerlang mereka, sambil menyatakan kekaguman terhadap semangat ditunjukkan pemain-pemain.
“Tahniah ASEAN All Stars, hangpa memang PADUUUUU!!!” katanya lagi.
Hantaran itu disambut meriah oleh netizen yang rata-rata terhibur dengan pendekatan santai Perdana Menteri.
Salah seorang pengguna Facebook meninggalkan komen sinis namun lucu:
“Untung fans MU yang datang stadium semalam, dapat gak merasa tengok kalah depan mata.., biasa tengok dekat TV jer.”
Reaksi tersebut mengundang pelbagai komen balas daripada penyokong bola sepak lain yang turut berkongsi rasa kecewa atau mengusik penyokong Manchester United secara berseloroh.
Gaya komunikasi santai dan mesra yang ditampilkan Anwar sering menarik perhatian pengguna media sosial, khususnya anak muda yang menghargai pendekatan pemimpin yang mengikuti isu-isu semasa termasuk sukan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








