BERITA SEMASA
4 individu selamat, helikopter terbakar ketika sesi ujian
SUBANG – Sebuah helikopter dilaporkan terbakar ketika cuba berlepas daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, hari ini.
Menurut sumber, kejadian pada pukul 12.28 tengah hari itu berlaku apabila helikopter jenis Kamov Ka-32S berkenaan sedang cuba berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas pembaikan.
Difahamkan, empat mangsa yang berada dalam helikopter berkenaan ketika kejadian berjaya menyelamatkan diri.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai kejadian.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu hantaran di X mengesahkan kejadian dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








