Iran beri amaran ganggu laluan perkapalan di Asia Barat jika sekatan AS berterusan
TEHRAN – Markas operasi angkatan bersenjata Iran memberi amaran laluan perkapalan di luar Selat Hormuz akan turut terganggu sekiranya Amerika Syarikat (AS) terus melaksanakan sekatan ke atas pelabuhan di negara berkenaan.
Komander Markas Pusat Khatam al-Anbiya, Mejar Jeneral Ali Abdollahi berkata, jika sekatan tersebut “mewujudkan ketidakselamatan terhadap kapal dagang dan kapal tangki minyak Iran”, maka Tehran akan menganggapnya sebagai pelanggaran gencatan senjata.
BACA JUGA:
Arab Saudi beri amaran Iran mungkin sekat Bab al-Mandab – WSJ
Oleh kerana itu, angkatan bersenjata Iran “tidak akan membenarkan sebarang eksport atau import diteruskan di Teluk Parsi, Laut Oman atau Laut Merah,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi separa rasmi Iran, Tasnim.
Terdahulu, Arab Saudi memberi amaran Iran mungkin menutup laluan minyak yang masih beroperasi di Asia Barat sebagai tindak balas terhadap sekatan ketenteraan AS di Selat Hormuz.
Menurut The Wall Street Journal, Riyadh bimbang Tehran akan menggerakkan proksinya iaitu kumpulan Houthi di Yaman untuk mengganggu Selat Bab al-Mandab, laluan penting yang membawa kira-kira 10 peratus perdagangan global antara Asia dan pasaran Eropah melalui Terusan Suez.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







