BERITA SEMASA

MWL kecam serangan Iran terhadap Arab Saudi

MEKAH – Pertubuhan Liga Dunia Muslim (MWL) mengutuk keras serangan yang didakwa dilakukan oleh Iran terhadap beberapa kawasan di Arab Saudi.

Setiausaha Agung MWL yang juga Pengerusi Organisasi Sarjana Muslim, Mohammed Abdulkarim Al-Issa berkata, serangan tersebut merupakan tindakan pencerobohan yang jelas melanggar nilai agama serta undang-undang dan norma kemanusiaan antarabangsa.

“MWL mengecam sekeras-kerasnya tindakan keganasan yang menyasarkan Arab Saudi, terutama ketika kerajaan negara itu dikatakan mengambil pendirian tegas bagi mengelakkan konflik melibatkan Iran demi keselamatan rantau berkenaan,” katanya dalam satu hantaran kenyataan hari ini.

Mewakili majlis, badan serta perhimpunan global di bawah MWL, beliau turut menzahirkan solidariti penuh terhadap Arab Saudi dalam usaha mempertahankan keselamatan dan kestabilan negara itu.

MWL juga mendoakan agar Arab Saudi sentiasa dilindungi daripada sebarang ancaman, termasuk keselamatan tanah air, kepimpinan serta rakyatnya, susulan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button