LUAR NEGARA

Iran ancam serangan lebih keras, balas kematian Ali Larijani

TEHRAN – Iran memberi amaran akan melancarkan tindak balas lebih tegas dan menyeluruh terhadap Israel susulan pembunuhan Ketua Keselamatan negaranya, Ali Larijani dalam serangan udara.

Ketua Tentera Iran, Amir Hatami berkata, tindakan balas itu akan dilaksanakan sebagai respons terhadap kematian Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi berkenaan.

“Tindak balas Iran akan bersifat tegas dan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan, memetik laporan agensi berita antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memaklumkan pihaknya telah melancarkan serangan peluru berpandu ke arah wilayah tengah Israel sebagai tindakan balas.

Menurut IRGC, serangan itu dilaksanakan sebagai membalas kematian Ali Larijani serta beberapa individu lain yang terkorban dalam insiden berkenaan.

Terdahulu, Iran mengesahkan kematian Larijani akibat serangan udara Israel, yang disifatkan sebagai tamparan besar kepada negara itu.

BACA JUGA:

Iran sahkan kematian Ali Larijani

Kehilangan tersebut berlaku kurang tiga minggu selepas kematian pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam serangan yang dikaitkan dengan Amerika Syarikat dan Israel sehingga mencetuskan konflik di Asia Barat.

Larijani yang mempunyai hubungan rapat dengan Khamenei memainkan peranan penting dalam menyelaras tindak balas Iran sepanjang konflik tersebut.

Sementara itu, Israel turut dilaporkan berikrar untuk menyasarkan pemimpin tertinggi Iran ketika ini, Mojtaba Khamenei yang mengambil alih kepimpinan selepas kematian bapanya pada 28 Februari lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button