BERITA SEMASA

9 kapal tentera laut Iran dimusnahkan – Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa sembilan kapal tentera laut Iran telah dimusnahkan.

Menurut Trump, kapal-kapal tersebut sebahagiannya bersaiz besar dan penting untuk Iran.

“Kami sedang memburu selebihnya, tidak lama lagi mereka juga akan tenggelam di dasar laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Donald Trump
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump.

Dalam satu serangan berasingan katanya, sebahagian besar ibu pejabat Tentera Laut Iran juga telah dimusnahkan.

Terdahulu tular video sebuah kapal frigat Iran kelas “Jamaran” ditenggelamkan Tentera Laut Amerika Syarikat di Teluk Oman.

Jamaran
Kapal frigat Iran kelas “Jamaran”

Sebelum itu, sebuah kapal tangki minyak telah diserang di luar pesisir Musandam di Selat Hormuz.

Empat individu dilaporkan cedera, manakala kesemua 20 anak kapal berjaya dipindahkan.

Kali terakhir Iran cuba menutup Selat Hormuz semasa Perang Kapal Tangki pada tahun 1988, Tentera Laut Amerika Syarikat bertindak balas menerusi Operasi Praying Mantis yang menyaksikan separuh daripada armada tentera laut operasi Iran dimusnahkan dalam pertempuran selama satu hari.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button