UAE berjaya pintas peluru berpandu Iran, satu kematian dilaporkan
ABU DHABI – Kementerian Pertahanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan seorang maut di Abu Dhabi selepas beberapa peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran berjaya dipintas.
Laporan Al Jazeera yang memetik kenyataan kementerian itu berkata, serpihan peluru berpandu tersevut jatuh di kawasan perumahan di Abu Dhabi menyebabkan kerosakan harta benda dan kematian seorang warganegara Asia.
Setakat ini, identiti dan kewarganegaraan mangsa masih belum disahkan.
“Kementerian mengecam serangan ini dengan sekeras-kerasnya, menekankan penolakan tegas negara terhadap serangan ke atas objek awam, kemudahan dan institusi kebangsaan.
“Perbuatan sedemikian adalah serangan berbahaya dan tindakan pengecut yang mengancam keselamatan orang awam serta menjejaskan kestabilan,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kementerian itu menegaskan bahawa sasaran berkenaan adalah pencabulan jelas terhadap kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa.
“Negara ini mengekalkan hak penuh untuk membalas serangan ini dan mengambil semua langkah perlu bagi melindungi wilayah kami.
“UAE sepenuhnya bersedia menghadapi sebarang ancaman,” menurut kenyataan itu.
Serangan peluru berpandu Iran tersebut susulan serangan udara rejim zionis dan sekutunya Amerika Syarikat (AS) ke atas Tehran dan beberapa lokasi lain di negara itu, siang tadi.
Sebagai tindak balas, Iran melancaran serangan peluru berpandunya ke arah pangkalan tentera AS yang berada di UAE, Bahrain, Kuwait dan beberapa negara lain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















