Tentera AS dijangka berundur dari Iran 2, 3 minggu lagi
WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) dijangka berundur dari Iran dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu, menandakan berakhirnya serangan berterusan terhadap negara itu.
Perkara itu diumumkan Presiden AS, kepada pemberita dalam satu sidang media di Rumah Putih, semalam, lapor Anadolu Ajansi.
“Apa yang perlu saya lakukan hanyalah meninggalkan Iran dan kami akan melakukannya tidak lama lagi,” kata Trump.
Trump menyatakan, objektif pentadbirannya untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear telah tercapai.
“Mereka tidak akan memiliki senjata nuklear. Dan matlamat itu telah tercapai,” kata Trump lagi.
Beliau kemudiannya memaklumkan, serangan AS telah menjejaskan keupayaan ketenteraan Iran secara ketara, dengan tempoh pemulihan dianggarkan antara 15 hingga 20 tahun.
“Kami akan berundur tidak lama lagi dan jika Perancis atau mana-mana negara lain mahu mendapatkan minyak atau gas, mereka boleh melalui selat itu.
“Mereka mampu menguruskan sendiri. Saya fikir ia akan sangat selamat sebenarnya, tetapi kami tidak ada kaitan dengan perkara itu,” kata Trump.
Menurut angka rasmi Amerika, sekurang-kurangnya 13 anggota tentera AS telah terkorban sejak konflik bermula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








