BERITA SEMASA

Dua kapal Malaysia dijangka tiba dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Satu daripada dua buah kapal Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz dijangka tiba di negara ini lusa.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sebuah lagi kapal masih dalam pelayaran dan dijangka tiba minggu depan.

“Pada waktu ini dimaklumkan terdapat dua kapal sedang dalam perjalanan.

“Satu dijangka tiba pada 17 April, manakala satu lagi mungkin minggu yang berikutnya. Terdapat lima kapal yang masih lagi berada di Selat Hormuz,” katanya dalam sidang media mingguan pasca-Kabinet, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan enam daripada tujuh kapal Malaysia yang sepatutnya membawa bekalan minyak mentah ke negara ini, sudah mendapat kelulusan dan menunggu giliran untuk belayar melepasi Selat Hormuz.

Sementara itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri hari ini juga sedang meneliti aspek penggunaan biodiesel termasuk meningkatkan kadar adunan bahan api berkenaan.

Katanya, Kabinet sudah memutuskan untuk kadar adunan bahan berkenaan ditingkatkan dari B10 kepada B15 bermula dengan adunan B12, tanpa membabitkan sebarang kos tambahan dari kerajaan dan menggunakan infrastruktur pengadunan biodiesel sedia ada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button