LUAR NEGARA

Kapal tangki diserang di Selat Hormuz – UKMTO

LONDON – Sebuah kapal tangki dilaporkan diserang bot bersenjata dipercayai milik Iran di Selat Hormuz, hari ini.

Menurut AFP, Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) memaklumkan, kapal itu melaporkan didekati dua bot laju dipercayai milik Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), kira-kira 37 kilometer dari timur laut Oman.

Laporan itu menyebut, bot berkenaan melepaskan tembakan ke arah kapal tangki tanpa sebarang amaran menerusi radio.

UKMTO menyatakan, kapal dan kru berada dalam keadaan selamat dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Terdahulu, Iran mengumumkan menutup semula Selat Hormuz dan kembali menguatkuasakan kawalan ketat.

Ia hanya sehari selepas Selat Hormuz dibuka semula kepada pelayaran komersial.

Menurut kenyataan markas tentera pusat Iran yang disiarkan di televisyen negara, tindakan itu diambil selepas Amerika Syarikat (AS) didakwa melanggar perjanjian dengan meneruskan sekatan terhadap kapal yang menuju ke dan dari pelabuhan Iran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button