Trump umum AS ‘Penjaga Selat Hormuz’, cadang caj 20 peratus ke atas kargo berurusan dengan Iran
HAMILTON (Kanada) – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pentadbirannya akan menguatkuasakan semula sekatan terhadap Iran, selain mencadangkan caj sebanyak 20 peratus dikenakan ke atas semua kargo yang melalui Selat Hormuz bagi menampung kos perlindungan keselamatan yang disediakan AS di laluan perairan strategik itu.
Menurut Trump, langkah berkenaan akan berkuat kuasa serta-merta dan bertujuan memastikan keselamatan perkapalan di Selat Hormuz yang disifatkannya sebagai antara kawasan paling tidak stabil di dunia.
“Selat Hormuz dibuka dan akan terus dibuka, sama ada dengan atau tanpa Iran,” katanya menerusi platform Truth Social seperti dipetik Anadolu Ajansi (AA).
Beliau berkata, sekatan yang diperkenalkan semula itu hanya melibatkan kapal milik Iran atau pelanggan yang mempunyai urusan dengan negara tersebut, manakala kapal dari negara lain akan terus dibenarkan menggunakan laluan berkenaan tanpa sekatan.
Trump turut memaklumkan AS akan bertindak sebagai penyedia keselamatan di Selat Hormuz, namun kos operasi itu akan ditanggung menerusi caj sebanyak 20 peratus yang dikenakan ke atas semua kargo yang dihantar melalui laluan berkenaan.
Katanya, pendekatan itu dianggap wajar memandangkan Washington menanggung tanggungjawab memastikan keselamatan laluan perdagangan yang penting kepada ekonomi global.
Beliau menegaskan pelaksanaan dasar baharu itu akan dimulakan serta-merta.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








