Satu kapal Malaysia selamat lepasi Selat Hormuz – PM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, satu daripada tujuh kapal yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz telah selamat melepasi kawasan perairan itu dan kini sedang menuju ke Malaysia.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, enam lagi kapal sedang mendapatkan kelulusan dan menunggu giliran untuk melalui laluan perdagangan penting itu.
Perdana Menteri berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau menerusi taklimat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz hari ini.
“Dengan ini, kita harap, insya-Allah, bekalan minyak bagi bulan April dan Mei dalam keadaan yang sangat terkawal,” katanya memetik laporan Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah di sini, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















