LUAR NEGARA

Kapal tangki China lepasi Selat Hormuz

Guna laluan di perairan Iran

WASHINGTON – Sebuah kapal tangki bahan api milik China dilaporkan belayar melalui Selat Hormuz dari Teluk Parsi, menggunakan laluan yang turut digunakan kapal lain dengan kelulusan Iran.

Kapal Bright Gold tersebut meninggalkan teluk itu pagi kelmarin menerusi laluan di antara pulau Qeshm dan Larak milik Iran, sambil memberi isyarat bahawa ia dimiliki oleh pihak China, lapor Bloomberg.

Terdahulu, dua kapal pengangkut gas milik India turut menggunakan laluan sama minggu ini selepas New Delhi memaklumkan bahawa ia telah berbincang dengan Tehran mengenai laluan selamat kapal-kapal tersebut.

Bright Gold, sebuah kapal tangki jenis MR2, difahamkan membawa kira-kira 2,700 tan diesel melalui pemindahan kapal-ke-kapal kira-kira dua minggu lalu, menurut data Vortexa.

Bahan api itu pada asalnya dimuatkan dari Ruwais di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal bulan ini.

Hanya sebilangan kecil kapal yang melalui Selat Hormuz sejak perang di Asia Barat bermula pada penghujung Februari.

Ini termasuk beberapa kapal yang mempunyai kaitan dengan Iran, China dan Syria.

Ketika ini, Bright Gold berada berhampiran pelabuhan Sohar di Oman, di luar Selat tersebut.

Pengurus kapal itu, Daoying International Ship, dan pemiliknya, GS Chemical Transportation Ltd., seperti yang disenaraikan dalam pangkalan data maritim Equasis, tidak memberikan maklum balas segera susulan kejayaan kapal mereka melalui laluan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button