LUAR NEGARA

AS mula sekat Selat Hormuz hari ini

LONDON – Pihak Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) akan mula menyekat Selat Hormuz bermula hari Isnin (hari ini) pada pukul 5.30 petang waktu Iran (10 malam waktu Malaysia) sekali gus mengambil kawalan ke atas trafik maritim di laluan berkenaan.

Pengumuman itu dimaklumkan Markas Pemerintahan Tengah (CENTCOM) dalam hantaran di X.

“Sekatan ini akan dikuatkuasakan secara tidak berat sebelah terhadap kapal dari semua negara yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan Iran dan kawasan pesisirnya, termasuk semua pelabuhan Iran di Teluk Arab dan Teluk Oman,” kata hantaran tersebut, hari ini.

Tambahnya, pihak tentera AS tidak akan “menghalang kebebasan pelayaran bagi kapal yang melalui Selat Hormuz ke dan dari pelabuhan bukan Iran”.

Langkah tersebut dilihat sebagai pendekatan yang lebih longgar daripada janji asal Trump “untuk menyekat sepenuhnya selat tersebut” dengan laporan awal menunjukkan kapal-kapal telah berhenti melintasi laluan itu.

Kor Pengawal Republikan Islam (IRGC) sebelum ini menyatakan, pasukan keselamatan Iran mempunyai kawalan penuh ke atas Selat Hormuz dan memberi amaran bahawa pihak musuh akan terperangkap dalam “pusaran maut” sekiranya berlaku sebarang “langkah silap”, lapor Agence France-Presse AFP).

Ketua tentera laut Iran, Shahram Irani, menyifatkan ancaman Trump sebagai “tidak masuk akal dan kelakar”, menurut televisyen negara, sambil menambah bahawa tentera negara itu sedang “memantau dan mengawasi semua pergerakan” tentera AS di rantau tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button