BISNES & EKONOMILUAR NEGARA

Harga minyak di pasaran dunia jatuh

WASHINGTON – Harga minyak di pasaran dunia jatuh merudum selepas Iran mengumumkan pembukaan semula sepenuhnya Selat Hormuz kepada kapal-kapal komersial sepanjang tempoh gencatan senjata antara Amerika Syarikat-Israel dengan Iran.

Sejurus pengumuman Menteri Luar Iran, Abbas Aragchi mengenai pembukaan semula laluan perkapalan berkenaan, harga satu tong minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent jatuh kepada AS$88 (RM347), berbanding melebihi AS$98 (RM387) setong awal semalam, lapor The Guardian.

Selat Hormuz merupakan laluan sempit di selatan Iran di mana satu perlima bekalan minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia diangkut melaluinya.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyambut baik kenyataan Iran namun kumpulan maritim masih dalam proses mengesahkan perkara berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button