Pergerakan kapal tangki di Selat Hormuz turun mendadak
LONDON – Pergerakan kapal tangki yang melalui Selat Hormuz turun secara mendadak susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kompleks nuklear Iran, semalam.
Terbaharu, dua VLCC iaitu Coswisdom Lake dan South Loyalty, dilihat membuat pusingan-U berhampiran selat tersebut, mencerminkan ketegangan yang semakin memuncak, lapor Reuters.
VLCC merujuk kepada kapal tangki minyak mentah berskala besar yang mampu membawa sehingga 2 juta tong minyak mentah.
Kapal-kapal tersebut memainkan peranan penting dalam aliran minyak global, terutamanya di kawasan sempit strategik seperti Hormuz.
BACA JUGA:
Iran setuju tutup Selat Hormuz susulan serangan AS
AS gesa China desak Iran tidak tutup Selat Hormuz
Kerajaan tidak naikkan harga minyak walau harga global melonjak
Difahamkan, kadar keluar dan masuk kapal di laluan itu menurun masing-masing sebanyak 32 peratus dan 27 peratus, sejak semalam.
Semalam, Parlimen Iran telah meluluskan resolusi yang membenarkan kemungkinan penutupan selat tersebut, yang mengendalikan 20 peratus daripada perdagangan minyak global.
Walaupun belum dikuatkuasakan, ancaman itu menyebabkan harga minyak mentah Brent melonjak lebih 9 peratus.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






