BERITA SEMASA

Harga diesel, RON95 tanpa subsidi, RON97 turun

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi, RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 14 hingga 20 Mei 2026 diturunkan susulan penurunan harga di pasaran antarabangsa.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan berkata, penetapan harga itu dibuat selaras mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga runcit RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM4.70 berbanding RM4.90 seliter, minggu lalu.

“RON95 pula turun 15 sen seliter kepada RM3.87 berbanding RM4.02 seliter sebelum ini.

“Bagi diesel di Semenanjung Malaysia, harga runcit diturunkan 30 sen seliter kepada RM4.87 berbanding RM5.17 seliter,” kata kenyataan itu, hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, meskipun berlaku penurunan, harga bahan api ketika ini masih jauh lebih tinggi berbanding paras sebelum konflik di Asia Barat.

Menurutnya, harga minyak mentah masih mencecah sekitar AS$100 (RM393.05) setong berbanding sekitar AS$60 hingga AS$70 setong sebelum konflik berlaku.

Jelasnya, harga runcit bahan api turut dipengaruhi lonjakan kos logistik dan insurans susulan peningkatan risiko di zon konflik.

“Risiko gangguan laluan di Selat Hormuz juga terus memberi tekanan kepada bekalan minyak global sekali gus mempengaruhi harga pasaran,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button