BERITA SEMASA

Bukan saya yang gagal memahami, tapi kamu – Dr Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin yang membidasnya bermain retorik mengenai isu harga minyak.

Sebaliknya beliau menegaskan, perkara itu sudah lama difahami sejak zaman Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Bukan saya yang gagal memahami. Kita dah lama faham sejak zaman BN memerintah dulu lagi tentang formula harga minyak ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Kenyataan itu dibuat Dr Akmal berikutan dakwaan Zhemin bahawa beliau gagal memahami struktur asas penetapan harga bahan api di Malaysia.

minyak
Keratan berita bertajuk ‘Ahli Parlimen Kampas bidas Akmal, dakwa main retorik populis isu harga minyak’ yang dimuat naik Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Facebook beliau.

Malah, beliau juga menegur Zhemin dan rakan-rakannya kerana tidak memahami mekanisme tersebut ketika masih menjadi pembangkang.

“Tapi ketika itu kamu dan kawan-kawan kamu yang tidak mampu faham sehingga berguling di atas jalan raya dan jelajah satu negara beritahu kamu ada formula nak turun harga minyak.

“Dulu jadi pembangkang bukan main lagi bantah, hari ni jadi kerajaan sokong pula ya. Yang retorik tahap dewa ni adalah kamu dan kawan-kawan kamu lah bro,” tambahnya lagi.

Menerusi hantaran tersebut, Dr Akmal turut menyindir sekiranya ada demonstrasi menuntut penurunan harga minyak dianjurkan oleh DAP, beliau bersedia menyertainya.

“Kalau ada demo turun harga minyak oleh DAP tolong bagitau ya, nak join juga,” tulisnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button