POLITIK

‘Ini sembang kencang, tapi penakut sayangkan jawatan’ – Ketua Pemuda UMNO

CYBERJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan pihak yang mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki susulan isu pemilikan saham.

Muhamad Akmal dalam hantaran di media sosial turut mempersoalkan sama ada wakil rakyat terlibat berani untuk melepaskan jawatan dipegang ketika ini.

“Tidak perlu acah-acah hendak ugut PMX lah. Kalau berani, jalanlah sekarang!! Ini sembang kencang, tapi penakut sayangkan jawatan. Orang suruh letak jawatan dari awal, tapi sampai sekarang habuk pun tiada

“Bak kata Ahli Parlimen DAP di Pulau Pinang sebelum ini kepada saya, jikalau anak jantan, letaklah jawatan,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Hantaran Akmal itu dipercayai ditujukan kepada Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang sebelum ini membuat gesaan supaya Azam Baki meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Poay Tiong berkata, sekiranya kerajaan gagal mengambil tindakan tegas, beliau serta ahli-ahli Parlimen daripada DAP mengugut untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Muhamad Akmal turut mempersoalkan sama ada Ahli Parlimen DAP sekadar berani bersuara tanpa mengambil tindakan termasuk meninggalkan jawatan serta elaun dinikmati.

“Adakah tidak cukup jantan untuk meninggalkan jawatan dan elaun itu. Sembang bolehlah,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button