Pemilihan MT4 atau MT5 perlu ikut strategi, keperluan pedagang
KUALA LUMPUR – Pemilihan platform dagangan antara MetaTrader 4 (MT4) atau MetaTrader 5 (MT5) bukan semata-mata bergantung kepada aspek teknikal, sebaliknya perlu disesuaikan dengan pengalaman, strategi serta keperluan setiap pedagang.
Menurut panduan platform dagangan 2026 yang diterbitkan JustMarkets hari ini, kedua-dua platform berkenaan mempunyai kelebihan tersendiri, dengan MT4 lebih menumpukan kepada pengalaman dagangan forex (FX) yang ringkas dan mudah digunakan manakala MT5 menawarkan skop lebih luas dengan pelbagai instrumen serta alat analisis.
Menurut JustMarkets, keputusan memilih platform lazimnya dipengaruhi cara seseorang pedagang berinteraksi dengan pasaran dalam urusan dagangan harian.
Antara faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk sama ada pedagang hanya memberi tumpuan kepada FX atau turut berdagang instrumen CFD lain, tahap kerumitan strategi yang digunakan, keutamaan terhadap kelajuan pelaksanaan atau analisis mendalam serta keperluan terhadap kestabilan atau fleksibiliti platform.
MT4 dilihat sesuai bagi pedagang yang mengutamakan pengalaman dagangan yang mudah, pantas dan tidak terlalu kompleks.
Platform berkenaan menawarkan antara muka yang lebih ringkas dan memfokuskan kepada keperluan dagangan FX, sekali gus sesuai untuk trader yang menggunakan strategi yang jelas dan tersusun.
Sebaliknya, MT5 menyediakan lebih banyak instrumen kewangan, pilihan rangka masa serta alat analitik, menjadikannya lebih sesuai bagi pedagang yang berdagang dalam pelbagai aset dan menggunakan strategi yang lebih kompleks.
Bagaimanapun, JustMarkets berkata, perbezaan utama antara kedua-dua platform itu dapat dilihat menerusi cara pedagang menggunakannya dalam aktiviti dagangan seharian.
Dalam perkembangan dagangan semasa, pedagang juga tidak semestinya bergantung kepada satu platform sahaja dan boleh menggunakan MT4 serta MT5 bergantung kepada strategi, keadaan pasaran dan tahap analisis yang diperlukan.
Perkembangan teknologi turut menjadikan aktiviti dagangan lebih fleksibel apabila pedagang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada komputer peribadi untuk menguruskan posisi.
JustMarkets berkata, MT4 dan MT5 kekal sebagai antara platform yang digunakan pedagang CFD untuk tujuan dagangan dan analisis, selain penyelesaian berasaskan pelayar yang membolehkan akses kepada pasaran tanpa memerlukan pemasangan perisian tambahan.
Menurut panduan itu, persoalan bagi pedagang pada 2026 bukan semata-mata untuk menentukan platform mana yang lebih baik, tetapi memahami platform yang paling sesuai dengan proses, strategi dan keperluan dagangan masing-masing.
Penafian: Hanya untuk maklumat sahaja. Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang besar dan mungkin hanya sesuai untuk pelabur tertentu sahaja. Pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan berdagang secara bertanggungjawab.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





