BISNES & EKONOMI

WebTerminal MT4, MT5 buka ruang pedagang akses pasaran secara fleksibel – JustMarkets

KUALA LUMPUR – WebTerminal untuk MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5) yang dilancarakan broker CFD berbilang aset, JustMarkets baru-baru ini, membolehkan pedagang yang aktif mengakses pasaran secara fleksibel dan terus melalui pelayar web standard tanpa memerlukan pemasangan perisian atau konfigurasi yang rumit.

JustMarkets dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelancaran itu sejajar dengan trend industri yang kian beralih ke arah penyelesaian dagangan berasaskan pelayar.

“Webterminal ini membolehkan pelabur mengurus posisi, melihat carta masa nyata, dan mengakses indikator teknikal daripada pelbagai peranti, sama ada komputer pejabat, rumah, mahupun tablet—terutamanya di premis di mana pemasangan perisian adalah terhad atau tidak diperlukan.

“Direka untuk sambungan pantas, WebTerminal akan memudah cara akses pasaran dengan membenarkan pengguna mengurus pesanan, posisi, dan alat pemetaan dalam satu antara muka hanya dengan log masuk ke akaun mereka,” kataya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Walaupun aplikasi desktop kekal penting untuk sistem dagangan automatik seperti Expert Advisors (EA), JustMarkets berkata, platform pelayar kini menjadi alatan penting bagi pedagang yang memerlukan fleksibiliti dan pelaksanaan pergerakan pantas dalam keadaan pasaran yang berubah-ubah.

Langkah sedemikian, katanya, memenuhi perubahan permintaan pedagang yang inginkan kebolehcapaian dan kemudahan tanpa perlu terikat pada stesen dagangan khas.

AMARAN RISIKO: Dagangan Forex dan CFD melibatkan risiko yang ketara dan berpotensi mengakibatkan kehilangan modal yang anda laburkan. Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button