Akmal Saleh tiba di Mahkamah Bukit Mertajam
BUKIT MERTAJAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tiba di Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam sekitar pukul 8.25 pagi ini.
Beliau hadir untuk pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [Akta 574].
Dr Akmal diringi oleh ratusan penyokong, namun hanya beliau dan ahli keluarganya sahaja dibenarkan masuk ke pekarangan kompleks mahkamah, memetik laporan Sinar Harian.

Beliau diiringi lapan peguamnya yang diketuai Aizat Azam, Syahrul Syazwan Salehin, Hafiz Norkhan, Datuk Mohd Imran Tamrin, Syafiq Bahtiar, Zaki Shah,Fazreen Izuan dan Shakeel Saifuzzaman.
Isteri beliau, Datin Dr Fatin Nadhirah Idrus turut mengiringi beliau sehingga ke kamar mahkamah.
Terdahulu, media melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan Dr Akmal dan Ketua Pemuda BERSATU, Muhammad Hilman Idham akan didakwa kerana menggugat ketenteraman awam.
Keputusan itu dibuat selepas AGC meneliti kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan dimuat naik Dr Akmal di laman Facebook Akmal Saleh dan Hilman menerusi akaun TikTok alfah.channel.tv berkaitan isu bendera Jalur Gemilang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













