BERITA SEMASAPOLITIK

Ketua Pemuda UMNO cabar Syahredzan usul keluarkan BN daripada Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan agar membawa usul supaya Barisan Nasional (BN) dikeluarkan daripada Kerajaan Perpaduan.

Cabaran itu dibuat susulan gesaan Syahredzan yang juga Ahli Parlimen Bangi supaya MCA keluar daripada gabungan kerajaan berikutan dakwaan kononnya parti itu kerap menyerang Kerajaan Madani dengan fakta tidak tepat dan separuh masak.

Dr Muhamad Akmal menegaskan, BN menyertai Kerajaan Perpaduan sebagai satu pasukan dan MCA merupakan sebahagian daripada gabungan itu.

“Maka, jika mahu ‘nyah’ seorang daripada keluarga kami, saya cabar YB Bangi untuk kemukakan usul kepada Kerajaan Perpaduan supaya keluarkan BN secara keseluruhan daripada kerajaan ini.

“Bila ditegur, meroyan tuduh orang sana sini. Jawab pun dengan angkuh. Saya tunggu YB Bangi, berani atau tidak sahut cabaran saya itu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Terdahulu, Syahredzan menyatakan bahawa MCA sepatutnya keluar sahaja daripada Kerajaan Perpaduan susulan kritikan berterusan pemimpinnya, khususnya Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong terhadap dasar-dasar kerajaan.

Antaranya, Ka Siong dilaporkan mempertikaikan pemansuhan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi walaupun keputusan itu dibuat semasa pentadbiran kerajaan terdahulu yang turut melibatkan beliau sebagai anggota Kabinet.

Gesaan tersebut mencerminkan ketegangan dalam kalangan parti komponen kerajaan susulan perbezaan pandangan terhadap dasar kerajaan sedia ada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button