BERITA SEMASAPOLITIK

‘Patutlah PAS sanggup tinggal UMNO, MN untuk bersama BERSATU’ – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – UMNO menyifatkan pendedahan mengenai perbelanjaan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang ditanggung BERSATU sebagai bukti mengapa PAS meninggalkan Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu menjelaskan mengapa PAS sanggup meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional untuk bersama BERSATU menubuhkan PN.

“Patutlah PAS sanggup meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional untuk bersama BERSATU mendaftar dan menubuhkan Parti Perikatan Nasional. Memang waktu itu lagi ramai yang memberikan maklumat bahawa Bersatu menawarkan kepada PAS bantuan kewangan hadapi PRU15.

“Justeru, hari ini apabila bekas Setiausaha Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mendedahkan segala perbelanjaan Perikatan Nasional termasuk calon-calon PAS ditanggung Bersatu hanya mengesahkan cakap-cakap waktu itu,” katanya di Facebook semalam.

Semalam, bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad menempelak kenyataan Naib Presiden PAS merangkap Pengarah Pilihan Raya parti itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang menyindir BERSATU kerana didakwa banyak bergantung kepada PAS dalam pilihan raya.

Beliau menjelaskan, anggaran kos minimum bagi satu kawasan Parlimen boleh mencecah RM1 juta dan jumlah sebenar berpotensi lebih besar bergantung kepada keadaan setempat.

Menurutnya, PAS tidak menghadapi masalah besar berhubung perbelanjaan PRU15 apabila mereka bertanding menggunakan logo PN dan semua peralatan pilihan raya disediakan oleh PN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button