BERITA SEMASA

SPR pamer cadangan 17 kerusi DUN baharu Sarawak mulai esok

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mula mempamerkan cadangan 17 kerusi DUN baharu di Sarawak esok, dengan notis dipasang di beberapa lokasi dalam setiap kawasan Parlimen.

Memetik laporan Borneo Post hari ini, notis berkenaan akan dipamerkan selama sebulan dan turut menyenaraikan cadangan nama baharu bagi beberapa kawasan sedia ada.

Sebagai rekod, penambahan 17 kawasan itu akan meningkatkan jumlah kerusi DUN Sarawak daripada 82 kepada 99 hasil proses persempadanan semula oleh SPR.

Pameran awam tersebut membolehkan pemilih mengemukakan bantahan atau pandangan kepada SPR berhubung cadangan kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, kerusi baharu itu dijangka tidak sempat diwartakan sebelum PRN Sarawak akan datang, yang dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button