BERITA SEMASA

Mesyuarat khas tentukan tarikh PRK DUN Sungai Bakap Khamis ini – SPR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Sungai Bakap, Pulau Pinang pada Khamis ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, ia susulan pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi itu.

“Ia berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Nor Zamri Latiff pada
24 Mei lalu.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Jumaat minggu lalu, Allahyarham Nor Zamri meninggal dunia selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Seberang Jaya akibat komplikasi dalam perut.

Allahyarham yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button