Kerajaan tidak naikkan harga minyak walau harga global melonjak
ISKANDAR PUTERI – Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak walaupun harga minyak dunia meningkat mendadak susulan ketegangan Iran-Israel yang semakin memuncak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menegaskan perkara itu berkata, kerajaan mengambil keputusan tersebut kerana kesannya kepada rakyat dan ekonomi negara.
“Minyak ini harganya naik turun. Sekarang ini keadaannya (harga global) agak rendah, tetapi bila naik, ia naik mendadak.
“Namun, kerajaan tidak menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat,” katanya.
Anwar berkata demikian pada sidang akhbar selepas Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Keadilan di Medini, di sini hari.
Laporan Sputnik/RIA Novosti sebelum ini menyebut, harga minyak dunia boleh melonjak sehingga AS$130 (RM553.80) setong sekiranya Iran memutuskan untuk menutup Selat Hormuz
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment