BERITA SEMASA

Kapal Malaysia tidak dikenakan tol di Selat Hormuz – Duta Iran

KUALA LUMPUR – Kapal milik Malaysia dibenarkan melayari Selat Hormuz dengan selamat tanpa perlu membayar tol.

Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi yang mengesahkan perkara itu berkata, Tehran telah dimaklumkan tentang tujuh kapal milik Malaysia yang berhasrat untuk transit di selat itu di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat.

“Kami menerima maklumat daripada Menteri Luar Malaysia bahawa beberapa kapal Malaysia berada di Teluk Parsi dan ingin melaluinya.

“Kami telah mempertimbangkan perkara ini, dan insya Allah mereka akan lalu. Ia tidak menjadi masalah kerana Malaysia adalah negara sahabat, dan negara sahabat boleh menggunakan selat itu,” katanya kepada New Straits Times.

Apabila ditanya sama ada kapal-kapal itu akan dikenakan tol, Valiollah berkata mereka akan dibenarkan lalu dengan bebas.

“Sudah tentu (kapal Malaysia bebas lalu). Kami tidak akan mengenakan bayaran,” tambahnya.

Laporan media antarabangsa sejak minggu lalu mengatakan bahawa kapal tangki dan kargo yang mahu menggunakan laluan tersebut akan dikenakan tol.

Laporan Bloomberg antaranya menyebut, setiap kapal dikenakan bayaran sehingga AS$2 juta (RM7.9 juta).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button