Pakistan tegaskan sokongan terhadap hak Iran miliki program nuklear
ISLAMABAD – Pakistan mengulangi pendiriannya bahawa Iran berhak memeiliki program nuklear bagi tujuan keamanan.
Pandangan itu disuarakan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ketika sidang media bersama dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam.
Beliau pada masa yang sama turut mengecam pencerobohan Israel terhadap Iran, dengan menyatakan tiada “sebarang justifikasi” bagi konflik 12 hari pada bulan Jun di mana Amerika Syarikat campur tangan secara ketenteraan bagi pihak Israel, lapor al-Jazeera.
Kedua-dua negara turut menandatangani perjanjian untuk meningkatkan perdagangan dua hala kepada AS$10 bilion serta berikrar untuk bekerjasama dengan lebih erat bagi menghapuskan ancaman “keganasan” demi keamanan dan kemakmuran di rantau berkenaan.
“Kami telah menetapkan sasaran perdagangan bernilai AS$10 bilion dan berharap dapat mencapainya secepat mungkin,” kata Shehbaz.
Dalam kenyataan balasnya, Pezeshkian berkata: “Saya amat yakin bahawa kita boleh, dalam masa singkat, meningkatkan jumlah perdagangan daripada AS$3 bilion sekarang kepada sasaran AS$10 bilion.”
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Pakistan yang menyokong Iran “semasa pencerobohan pengganas selama 12 hari oleh rejim Zionis dan Amerika Syarikat.”
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







