Kerajaan hantar delegasi rasmi runding isu tarif AS
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menghantar delegasi rasmi ke Amerika Syarikat (AS) akhir bulan ini bagi mengadakan rundingan mengenai tarif timbal balas yang dikenakan terhadap Malaysia.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Malaysia mengambil keputusan untuk menangani isu ini secara berhemah dan tidak reaktif.
Tambahnya, kerajaan menekankan keperluan untuk memahami sepenuhnya impak serta isu-isu yang dibangkitkan oleh dasar tarif berkenaan.
“Pendekatan ini diambil supaya perbincangan bersama pihak AS dapat dilakukan dengan baik, demi mencari penyelesaian yang lebih mampan dan hasil yang lebih menguntungkan untuk kedua-dua pihak
“Buat masa ini, kami menyeru semua supaya pihak bertenang. Tiada keperluan untuk panik. Kita akan tangani perkara ini secara tersusun dan bijaksana. Buat masa sekarang, jangan panik dan jangan tergopoh-gopoh.
“Kita buat cara yang betul. Kemungkinan besar kami akan berada di sana (AS) hujung April,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Pelaburan ASEAN 2025, di sini hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








