Trump minta Thailand, Kemboja hentikan pertempuran
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan membuat panggilan telefon bagi meminta Thailand dan Kemboja menghentikan pertempuran yang masuk hari ketiga semalam.
“Saya rasa saya akan bercakap dengan kedua-dua negara esok (hari ini),” kata Trump kepada pemberita di White House.
“Mereka telah lama bertempur. Bagi saya, kedua-dua pemimpin negara itu adalah orang yang hebat.
“Saya pernah menyelesaikan (konflik) ini sekali, saya rasa saya boleh meminta mereka menghentikan pertempuran,” kata Trump, memetik laporan AFP.
Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), pertempuran itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan ratusan ribu hilang tempat tinggal.
Ini merupakan konflik paling serius antara Thailand dan Kemboja sejak perang lima hari pada Julai lalu yang mengorbankan berpuluh-puluh orang.
“Kedua-dua negara mesti mematuhi langkah-langkah meredakan ketegangan seperti terkandung dalam perjanjian damai yang diusahakan oleh Presiden Donald Trump pada Oktober lalu,” kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pula.
Dalam konflik terbaharu, kedua-dua pihak Thailand dan Kemboja saling menyalahkan antara satu sama lain dalam mencetuskan pertempuran semula sekaligus menyaksikan serangan udara dan penggunaan senjata berat.
Beberapa pegawai Thailand berkata, mereka telah memindahkan lebih 400,000 penduduk dari kawasan sempadan manakala menurut Phnom Penh, lebih 100,000 orang di Kemboja telah dipindahkan ke lokasi perlindungan selamat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







