Trump umum ruang udara Venezuela ditutup sepenuhnya
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan ruang udara di atas dan sekitar Venezuela perlu dianggap ditutup sepenuhnya.
Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump menyeru semua syarikat penerbangan, juruterbang, pengedar dadah dan penyeludup manusia untuk menganggap kawasan itu sebagai zon larangan.
“Kepada semua syarikat penerbangan, juruterbang, pengedar dadah dan penyeludup manusia, sila anggap ruang udara di atas dan sekitar Venezuela telah ditutup sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai penguatkuasaan atau tempoh penutupan ruang udara berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dan Venezuela dilaporkan semakin meningkat, sekali gus menimbulkan kebimbangan antarabangsa terhadap keselamatan penerbangan dan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.
Sejak awal September, Pentagon telah melancarkan lebih 20 serangan ke atas bot yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah di Caribbean dan Pasifik Timur, mengorbankan lebih 80 orang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






