Trump salahkan Obama-Biden isu perjanjian nuklear Iran
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyalahkan bekas Presiden, Barack Obama dan Joe Biden berhubung perjanjian nuklear dengan Iran ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak.
Menurut Trump, jika beliau tidak menamatkan perjanjian nuklear yang dimeterai ketika pentadbiran Obama-Biden, Iran didakwa sudah memiliki senjata nuklear sejak tiga tahun lalu.
Beliau menyifatkan perjanjian tersebut sebagai antara transaksi paling berbahaya yang pernah dilalui Amerika Syarikat. Katanya, sekiranya perjanjian itu diteruskan, keadaan dunia ketika ini pasti jauh berbeza.
“Jika saya tidak menamatkan Perjanjian Nuklear Iran antara Obama-Biden, Iran sudah pun memiliki senjata nuklear tiga tahun lalu.
“Itu merupakan transaksi paling berbahaya yang pernah kita lalui, dan jika ia dibenarkan terus berjalan, dunia sekarang akan berada dalam keadaan yang sangat berbeza,” katanya.
Kenyataan itu dibuat menerusi satu hantaran di laman media sosial miliknya ketika konflik udara melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran semakin memuncak tanpa tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat.
Trump sebelum ini turut menyatakan bahawa operasi ketenteraan berkenaan berkemungkinan berlarutan selama beberapa minggu.
Dalam pada itu, situasi kepimpinan di Iran juga dilaporkan tidak menentu susulan pembunuhan berpandukan sasaran terhadap Pemimpin Tertinggi Iran pada awal operasi bersama Amerika Syarikat-Israel hujung minggu lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







