AS tangguh tindakan ketenteraan, buka rundingan dengan Iran
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menangguhkan keputusan ketenteraan terhadap Iran selama dua minggu bagi memberi ruang kepada usaha diplomatik.
Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, keputusan dibuat selepas pentadbiran AS melihat potensi saluran rundingan bersama Teheran.
“Presiden percaya terdapat peluang yang signifikan untuk memulakan rundingan dengan Iran dalam masa terdekat.
“Atas sebab itu, beliau menangguhkan sebarang keputusan melibatkan tindakan ketenteraan bagi tempoh dua minggu akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Trump mendakwa Iran bersedia menyertai rundingan berhubung program nuklear dan konflik dengan Israel, namun kenyataan itu disangkal Teheran.
Bagaimanapun, Leavitt mengesahkan komunikasi antara AS dan Iran masih berjalan, termasuk melalui perantaraan Utusan Khas Presiden, Steve Witkoff.
Difahamkan, Presiden Trump turut mempengerusikan beberapa siri mesyuarat tertutup di Bilik Situasi Rumah Putih sepanjang minggu ini bagi menilai pilihan ketenteraan yang ada sekiranya rundingan gagal.
“Trump sedang menilai semua opsyen. Seperti yang pernah beliau katakan ‘Saya mungkin akan lakukannya, dan mungkin juga tidak’,” ujarnya.
Ketegangan antara Iran dan Israel terus memuncak sejak beberapa minggu lalu dengan siri serangan balas yang mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konflik berskala besar di rantau tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








