LUAR NEGARA

150 tentera AS cedera sepanjang 10 hari perang dengan Iran

WASHINGTON – Seramai 150 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan cedera sepanjang 10 hari kempen ketenteraan terhadap Iran dilaksanakan.

Angka tersebut didedahkan dua sumber keselamatan kepada Reuters, semalam.

Sebelum Reuters menyiarkan angka itu, Pentagon hanya mendedahkan bahawa lapan anggota tentera AS mengalami kecederaan serius.

Bagaimanapun, Pentagon dalam satu kenyataan selepas pendedahan Reuters menyatakan, jumlah anggota yang cedera dianggar sekitar 140 orang dan menyatakan sebahagian besar mereka mengalami kecederaan ringan.

“Sejak permulaan Operation Epic Fury, kira-kira 140 anggota tentera AS cedera sepanjang 10 hari serangan berterusan,” kata jurucakap utama Pentagon, Sean Parnell.

Beliau berkata, 108 daripada anggota yang cedera itu telah kembali bertugas.

Menurutnya, lapan anggota yang mengalami kecederaan serius sedang menerima rawatan perubatan.

Reuters tidak dapat memastikan jenis kecederaan yang dialami atau sama ada ia termasuk kecederaan otak traumatik, yang lazim berlaku akibat pendedahan kepada letupan.

Iran telah melancarkan serangan balas terhadap pangkalan tentera AS sejak konflik bermula pada 28 Februari.

Negara itu juga menyerang misi diplomatik di negara-negara Teluk Arab, selain menyasarkan hotel dan lapangan terbang serta merosakkan infrastruktur minyak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button