Pertamuan dengan Trump berlangsung dalam suasana terbuka, jujur dan produktif – PM
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berlangsung dalam suasana yang terbuka, jujur dan produktif.
Perdana Menteri berkata, ia memperkukuh keyakinan bersama terhadap peranan Malaysia sebagai rakan yang berprinsip, konstruktif dan berwibawa dalam membina keamanan serta kemakmuran serantau.
“Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand merupakan satu pencapaian bersejarah yang menyerlahkan peranan Malaysia sebagai pemangkin diplomasi damai ASEAN serta lambang kesepaduan rantau dalam menjunjung keamanan dan kestabilan.
“Saya juga menzahirkan penghargaan kepada Presiden Trump atas komitmen beliau dalam memajukan Pelan Damai Gaza yang diharap dapat menyelamatkan nyawa rakyat Palestin,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Anwar berkata, mesej yang disampaikan adalah jelas di mana Palestin harus selamat, merdeka dan berdaulat.
“Malaysia tetap teguh dengan prinsip kemanusiaan sejagat, memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan, memperkukuh solidariti ASEAN, serta mengangkat martabat Malaysia sebagai jambatan ke arah dunia yang aman, makmur dan bermaruah,” tegasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













