SUKAN

Hannah Yeoh terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ISTAF

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, menerima International Sepaktakraw Federation (ISTAF) Distinguished Service Award sebagai penghargaan atas kepimpinannya dalam menganjurkan kejohanan sepaktakraw antarabangsa di Malaysia.

Hannah Yeoh Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ISTAF
Hannah Yeoh Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ISTAF

ISTAF berkata, sumbangan khidmat awam cemerlang, kepimpinan berwawasan, dan sumbangan berterusan Hannah Yeoh dalam memajukan sukan sepaktakraw antarabangsa amat disanjungi.

“Pengiktirafan ini turut diberikan khusus bagi sokongan beliau terhadap Piala Dunia ISTAF 2024 yang diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, yang menampilkan koordinasi antara agensi yang mantap dan tahap profesionalisme tinggi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Malaysia juga akan terus menjadi tuan rumah Piala Dunia ISTAF 2026 di Kuala Lumpur, sekali gus menegaskan komitmen negara dalam pembangunan sukan sepaktakraw.

Sementara itu Hannah Yeoh berkongsi pengiktirafan itu di laman sosial dan mengucapkan
terima kasih kepada International Sepaktakraw Federation atas pengiktirafan tersebut.

Hannah Yeoh sebelum itu memegang portfolio Kementerian Belia dan Sukan, yang kini diambil alih oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button