BERITA SEMASA

Lembaga Pengampunan bersidang esok?

CYBERJAYA – Lembaga Pengampunan didakwa akan bersidang semula esok dengan permohonan pengampunan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai satu-satunya agenda yang akan dibincangkan.

Akhbar Singapura, The Straits Times yang memetik sumber rasmi sebagai berkata, langkah mengadakan satu lagi mesyuarat dalam tempoh begitu singkat dianggap luar biasa kerana penetapan mesyuarat sedemikian lazimnya merupakan prerogatif pihak eksekutif.

“Ini langkah yang sangat jarang berlaku. Secara tiba-tiba, Lembaga Pengampunan akan mengadakan satu lagi mesyuarat dengan hanya satu perkara dalam agenda.

“Saya fikir terdapat sejenis campur tangan,” kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Laporan itu turut menyebut, dakwaan itu belum dapat disahkan secara bebas kerana pihak Istana Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh belum memberikan respons terhadap permintaan untuk mendapatkan ulasan ketika laporan itu diterbitkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button