Mesyuarat Kabinet: Pengampunan Najib dibincangkan sepintas lalu
PUTRAJAYA – Isu berkenaan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada dibincangkan secara sepintas lalu pada mesyuarat Kabinet hari ini, maklum Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
“Dimaklumkan (pengampunan Najib) sepintas lalu, tapi bukan Kabinet (bidang kuasa Kabinet). Lembaga Pengampunan seperti tercatat dalam Perlembagaan, keanggotaannya bagaimana.
“Jadi, kita bincang, tapi kita faham ia bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, timbul desas-desus bahawa Najib telah menerima pengampunan diraja bagaimanapun berita tersebut ditarik balik susulan masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan Lembaga Pengampunan berhubung perkara berkenaan.
Terdahulu, Najib didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta dan telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








