TH gantung sementara sistem selepas kesan aktiviti siber mencurigakan
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung sementara beberapa perkhidmatan kepada pendeposit selepas mengesan aktiviti siber mencurigakan semalam.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tindakan itu diambil sebagai langkah pencegahan selain memperkukuh tahap keselamatan sistem bagi melindungi kepentingan pendeposit.
Menurutnya, pemantauan menyeluruh kini sedang dilaksanakan terhadap semua sistem TH bagi memastikan keselamatan sistem terus terpelihara.
“Langkah ini perlu bagi melindungi kepentingan pendeposit dan memastikan keselamatan sistem TH terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, TH berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia bagi menangani insiden berkenaan.
TH turut memberi jaminan bahawa simpanan dan data peribadi pendeposit kekal selamat serta terpelihara.
“Keselamatan simpanan dan maklumat pendeposit sentiasa menjadi keutamaan TH,” menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, TH memahami kesulitan yang mungkin dihadapi pendeposit susulan gangguan perkhidmatan berkenaan dan memohon maaf atas perkara tersebut.
TH berkata, perkembangan terkini termasuk status pemulihan perkhidmatan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Perhubungan TH di talian 03-6207 1919.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








