BERITA SEMASADALAM NEGERI

Wanita maut lemas, kereta terjunam dalam tasik UNIMAS

KOTA SAMARAHAN – Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam tasik di kawasan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), pagi tadi.

Mangsa, Nur Shareefah Lusia Abdullah, 50, disahkan meninggal dunia selepas gagal diselamatkan daripada kereta yang tenggelam dalam tasik berlumpur berhampiran kampus universiti tersebut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan, Christian Olas, kejadian berlaku sekitar pukul 10 pagi dan dipercayai berlaku ketika mangsa sedang meletakkan kenderaan di tepi jalan.

“Siasatan awal mendapati kereta berkenaan mungkin tidak berada dalam kedudukan ‘parking’ atau terdapat kemungkinan pedal minyak telah tertekan secara tidak sengaja, menyebabkan kenderaan itu meluncur masuk ke dalam tasik,” katanya ketika dihubungi pemberita RTM.

Mangsa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk dikeluarkan dari dalam kenderaan yang tenggelam, namun usaha menyelamatkan beliau tidak berhasil.

Beliau disahkan meninggal dunia di Pusat Kesihatan Prima UNIMAS tidak lama selepas dikeluarkan dari tasik.

Dalam kejadian sama, anak perempuan mangsa berusia 17 tahun yang turut berada dalam kenderaan berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button