BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Dua lelaki lemas dalam dua kejadian berasingan di Sarawak

KUCHING – Dua lelaki dikhuatiri lemas dalam dua insiden berasingan di Betong dan Tanjung Manis, Sibu semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Mohd Fauzi Mohamet Kifli berkata, insiden pertama membabitkan seorang lelaki berusia 20 tahun yang hilang selepas bot yang dinaikinya karam di Sungai Skrang, Betong.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.51 petang dengan mangsa, Denickles Lesen, 20, sedang menjalankan aktiviti menguji bot laju, sebelum karam.

“Menurut saksi, sejurus karam, mangsa dilihat terkapai-kapai sebelum hilang” katanya memetik Astro Awani hari ini.

Ketika ini, katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah melakukan pencarian awal secara surface water searching dengan bantuan bot milik penduduk kampung.

Operasi tertumpu di permukaan air bagi mengesan sebarang petunjuk dengan menyusuri lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Sementara itu, di Tanjung Manis, seorang lelaki hilang setelah terjatuh ke dalam laut, ketika melakukan kerja-kerja memunggah ikan dari jeti Pantai Belawai.

Pihak bomba, kata Fauzi, menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.03 petang, dan segera mengatur gerak sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis.

Identiti mangsa kemudian dikenali sebagai Sabarudin Awang Kamarudin, 48.

“Pasukan telah melakukan pencarian awal secara surface searching bersama agensi lain dan penduduk kampung namun masih gagal mengesan sebarang petunjuk,” katanya.

Kedua-dua aktiviti SAR, kata Fauzi, akan diteruskan pada pagi ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button