BERITA SEMASADALAM NEGERI

Siasatan terhadap 21 anggota ATM terlibat ‘yeye’ hampir selesai

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung dakwaan aktiviti tidak bermoral dirujuk sebagai ‘yeye’ membabitkan 21 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipantau sendiri Panglimanya, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, kini sudah lengkap.

Tindakan seterusnya selepas laporan diserahkan adalah dirujuk kepada Cawangan Perundangan TUDM untuk melihat jenis setiap kesalahan serta peruntukan undang-undang bagi setiap pertuduhan.

Muhamad Norazlan ketika dihubungi hari ini, berkata apa yang ditegaskan pihaknya sebelum ini bukan sekadar ‘lakonan’, malah beliau secara peribadi memantau perkembangan siasatan itu.

“Sekiranya didapati bersalah, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi kepada yang terbabit tanpa mengira pangkat. Saya akan kotakan apa yang saya katakan sebelum ini dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang melanggar peraturan,” katanya memetik Buletin TV3.

Menurutnya, kesemua 21 individu yang disiasat atas pelbagai kesalahan itu terdiri pegawai dari Pangkalan Udara (PU) Subang. namun siasatan juga melihat kepada pangkalan atau unit lain.

“Bagaimanapun setakat ini tiada laporan diterima berhubung pembabitan lain-lain pangkalan atau unit berhubung isu itu,” tambahnya.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar dan rakaman video mendakwa berlaku budaya tidak bermoral dan perlakuan tidak selaras dengan etika perkhidmatan di dalam kem tentera.

Susulan itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button