BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

Malaysia disasar jadi sebahagian rantaian bekalan global aset pertahanan

KUALA LUMPUR – Malaysia disasar muncul sebagai pemain dalam rantaian bekalan global bagi komponen aset pertahanan, sejajar keupayaan industri tempatan yang semakin berkembang.

Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin berkata, negara ini mempunyai kekuatan dalam pembangunan perisian, litar bersepadu serta pelbagai komponen teknologi maklumat.

“Syarikat tempatan kita seperti CTRM (Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd) di Melaka sudah pun terlibat dalam rantaian bekalan global untuk komponen pesawat.

“Malah, ada syarikat tempatan yang sudah mampu menghasilkan peluru, sistem flare untuk pesawat dan kenderaan darat serta mencadangkan penghasilan meriam artileri 105 mm sendiri. Ini menunjukkan kita beralih daripada sekadar menjadi ejen, kepada pengeluar komponen yang diiktiraf,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pavilion Kementerian Pertahanan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan DSA dan NATSEC menyeru pemain industri pertahanan dan aeroangkasa global untuk menjalinkan kerjasama lebih rapat dengan pengeluar di Malaysia.

Beliau berkata, Malaysia menawarkan kelebihan strategik kepada syarikat pertahanan dan aeroangkasa global menerusi dasar berkecuali aktif yang membolehkan rantaian bekalan beroperasi tanpa kekangan politik.

Baca juga : Tiada halangan geopolitik, Malaysia pilihan pelabur pertahanan – PM

Menurut Mohamed Khaled lagi, kementerian menetapkan keperluan sekurang-kurangnya 30 peratus penggunaan komponen tempatan dalam perolehan aset pertahanan bagi membuka ruang kepada syarikat inovator tempatan membuktikan keupayaan masing-masing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button